semalam ptg,mama buat muffin pandan utk kudapan kami ber2, mama suka waktu bakar tuh..fuhh bau dia...merebak kesegenap ruang rumah..segar je bau nyee.. tapi ayah tak berape suka mkn muffin,selalu lau mama beli kat kenney roger ayah tgk je mama mkn,jamah sikit2 je.. tapi mama nak gak buat juga sebab mama mmg suka muffin.. meh tgk gambo muffin mama ea..
baru nak masuk oven
mama homemade pandan muffin
MUFFIN PANDAN
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota : *Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis .
Cara-cara: 1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
luv,
mamanaufal
wah cantiknya merekah muffin dia..mna resepi?
ReplyDelete