Friday, December 11, 2009

Lara Hati Mama

Bismillahirahmannirrahim….
Semalam (29 n0v 2009) mama benar2 mengenal erti sebuah kehilangan, terasa luluh sungguh hati ini bila diberitakan kepada mama n ayah bahawa putra sulung kami telah tiada lagi dan telah dijemput Yang Maha Kuasa sejak dari alam rahim lagi..
Jam menunjukkan angka 7.33pagi, dengan sisa-sisa kekuatan dan semangat ayah disisi mama sedaya upaya berusaha untuk keluarkan putra kami dari rahim mama…alhamdulillah tak sampai 2 minit naufal telah lahir dari rahim mama..walaupun keluar dengan tiada suara tapi mama puas kerana dapat melahirka sendiri zuriat yang kami tunggu2..naufal, mama tak dapat pun kiss naufal...mama terkilan syg..
Rizq Muhammmad Naufal Bin Mohd Firdaus benih cinta mama & ayah, maafkan mama andai ada kelalaian mama dalam menjaga kandungan mama sewaktu naufal berada di dalam rahim mama.. hingga hari ini mama rasa seperti tidak puas mengandungkan naufal .. teringat2 mama sewaktu naufal bergerak2 membalas sapaan ayah sewaktu kami sama2 sedang tengok tv. Demi Allah walau 1000 tahun diberi, mama sanggup mengandungkan naufal selamanya…mama rela membawa perut mama walau ke mana saja asalkan anak mama ada di samping mama.. terasa singkat benar peluang mama membawa anak mama..
Mama tahu ni semua takdir yang telah ditentukan olehNya untuk kami..dan mama juga tahu naufal mama pasti tunggu mama&ayah di sana kan…malam tadi mama tido sorang, ayah tido sorang n naufal pun tido sorang kan…kesian anak mama..
Naufal, mama selamanya akan mengenang saat terindah sewaktu mengandungkan anak sulung mama… semoga kita bertemu kelak di Alam Baka’, anak mama pasti tunggu mama n ayah ye syg…tggu mama ye..mama syg naufal & ayah seluruh hidup mama..

Last day at Hospital Sultan Ismail,JB
5.45 pm, 30 Nov 2009

2 comments:

  1. salam..na bykkn bersabar yea..mungkin ada hikmah disebalik itu..hanya DIA yang maha mengetahui segalanye..aku doakn lps ni ko cpt2 dpt bby lg..

    ReplyDelete
  2. Semoga akak tabah menghadapi ujian Allah. :)

    ReplyDelete

bukak lampu